Wednesday, November 18, 2009

KAMBING PANGGANG ALBANIA

"KAMBING PANGGANG ALBANIA"






BAHAN BAHAN; 


15 kg / seekor Kambing 

30 ulas Bawang Putih - disumbat dalam isi daging kambing 

200g Daun Pudina - disumbat dalam perut daging kambing. 



Bahan Kisar: 


200g Bawang Putih 

100 g Bawang Merah 

100 g Halia 

600 ml Minyak Jagung 

4 biji Jus Lemon 

50g Serbuk Kari Daging 

2 tbsp Serbuk Jintan Manis 

3 tbsp Serbuk Lada hitam 

5 tbsp Serbuk Cili 

2 cawan Air 

8 tbsp Serbuk Pati Daging 

1/2 cawan Gula 

6 tbsp Garam secukup rasa 



CARA CARA; 


 Perap kambing dengan bahan yang kisar selama 6-8 jam. 

 Kemudian sumbat daun pudina, bawang putih dalam isi daging kambing. 

 Panaskan ketuhar pada suhu 160C dan panggang selama 2- 3 jam. 

Sekiranya memanggang menguna bara arang, masa memanggang lebih kurang 4 jam. 

 Bolehlah dihidang dengan salad tomato dan timun.


"SELAMAT MENCUBA"


#Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan daging kambing panggang Albania bolehlah menghubungi saya di :

TEL / Wassap : 016-5418881 (Shuhairi)

LOKASI : Ipoh / Chemor / Batu Gajah /Kuala Kangsar

HARGA : RM 800.00 -RM1000.00 - siap panggang (mengikut berat)

SAIZ HIDANGAN : 80 - 120 ORANG